Rabu, 3 November 2010

dugaan jambatan ke jalan lebih baik!

seperti apa yg pernah saya lalui,di usia yg masih muda saya hanyut dan trleka dgan keseronokan yg datang m'hiasi hari-hari ini.Perasaan seolah-olah hidup didalam maya sendiri membuatkan saya tidak pernah terfikir kegembiraan itu tidak akan dirasai buat selamanya.Mungkin apa yg saya lalui ini,sama seperti remaja di luar sana yg sentiasa inginkan kegembiraan dan keseronokan selagi usia remaja masih meniti kehidupan.
   Munngkin tuhan ingin membuka mata ini dan cuba menyelamatkan diri ini dengan menurunkan sebentuk dugaan yg maha hebat untuk ditanggung kudrat kecil ku ini.Jika dahulu,kebahagian mengiringi hari demi hari ku tetapi kini dugaan datang bertimpa-timpa yg membuatkan saya semakin hari semakin lemas.Cuba mencari dahan untuk berpaut tetapi ia bukanlah tempat yg sepatutnya ,lantas membuatkan saya terus tersungkur lagi dan lagi.
  Akhirnya saya akui,dugaan yg perit itu sebenarnya adalah jambatan-jambatan kecil buat saya menuju ke jalan yg lebih baik.Selepas dari kejadian-kejadian itu,saya cuba menerima dengan hati yg lebih terbuka dan sentiasa berfikian positif.Ia ternyata mampu memberikan motivasi buat diri untuk menjadi lebih baik dari apa yg pernah dilalui sebelum ini.
  sebagai manusia yg pernah melalui zaman remaja,mungkin saya memahami naluri remaja yg sentiasa ingin mencuba ,bergembira dan berseronok.Tidak ada salahnya untuk merasai dan menikmati kegembiraan dan keseronokan ,tetapi batas-batasnya tetap harus dijaga agar kita manusia yg merupakan hambaNYA tidak terus terleka dek kerana keseronokan duniawi yg dinikmati..
mocHa ramadhan.

1 ulasan:

  1. Correctly in your fine image, and your blog as a whole is nice to read and watch. I like Bogi you very much. Come take a look Teuvo www.ttvehkalahti.blogspot.com photo blog and tell all your friends why you should visit Teuvo blokia images. Therefore, to obtain your country's flag to rise higher in my blog. September Sincerely, Teuvo Vehkalahti Suomi Finland

    BalasPadam